05 September 2012

17 August 2012

Selamat Hari Raya ~2012

Assalamualaikum

Entah kenapa ye..bulan Ramadhan tahun ni terasa begitu singkat..seolah-olah Ramadhan tidak sudi untuk singgah dan ingin cepat-cepat berlalu..Hmmm,dengan kekangan masa macam ni seolah-olah tidak dapat menambah pahala...betapa ruginya.

Ya Allah, ampunkan hambamu yg sgt lalai ini..Aku memohon agar Kau panjangkan umurku agar dapat bertemu dengan Ramadhan yg akan datang..Amin

Apapun, masih tinggal 2 hari Ramadhan untuk dipenuhkan dengan amalan..mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatanNya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Semoga Allah melimpahkan rahmat & kasih sayang kepada semua hambaNya di muka bumi ini..

11 July 2012

Makan




Makanan dalam flight - MAS Airlines
KLIA-Jeddah
Madinah-KLIA

04 July 2012

Nisfu Sya'ban

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,


أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.


Yang bermaksud :

Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini?
Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".
Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.


Amalan malam Nisfu Sya'ban :

Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :
1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.

* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin :
اَللَّهُمَّ يَا ذَا الْمَنِّ وَ لا يَمُنُّ عَلَيْكَ يَا ذَا اْلجَلاَلِ وَ اْلاِكْرَامِ ياَ ذَا الطَّوْلِ وَ اْلاِنْعَامِ لاَ اِلهَ اِلاَّ اَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَ اَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ . اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِى عِنْدَكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقِيًّا اَوْ مَحْرُوْمًا اَوْ مَطْرُوْدًا اَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِى الرِّزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقَاوَتِي وَ حِرْمَانِي وَ طَرْدِي وَ اِقْتَارَ رِزْقِي وَ اَثْبِتْنِىْ عِنْدَكَ فِي اُمِّ اْلكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَ قَوْلُكَ اْلحَقُّ فِى كِتَابِكَ الْمُنْزَلِ عَلَى نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُو اللهُ مَا يَشَاءُ وَ يُثْبِتُ وَ عِنْدَهُ اُمُّ اْلكِتَابِ. اِلهِيْ بِالتَّجَلِّى اْلاَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِيْ يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ اَمْرٍ حَكِيْمٍ وَ يُبْرَمُ اِصْرِفْ عَنِّيْ مِنَ اْلبَلاَءِ مَا اَعْلَمُ وَ مَا لا اَعْلَمُ وَاَنْتَ عَلاَّمُ اْلغُيُوْبِ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ سَلَّمَ . اَمِيْنَ


InsyaALLAH menjadi malam yang berkah untuk kita dan muslimin


آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ



kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza


* juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban. (Hari esok ler ^_^)



(AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)

01 July 2012

Kek Planta

Assalamualaikum,

Seminggu ni aku teringin sgt nak mkn kek planta dolu2..kalo mak buat kek ni..alamak,sekali hadap je dh habis..asik ulang-alik dapur amek sepotong sampai xsedar dah berpotong2 aku mkn..kek yg simple tapi sedap sgt..lagipun aku mmg kurang suke mkn kek cream..

 kek baru keluar dari oven

Sebenarnya ni kek ke-2 yg aku buat dlm mggu ni..hehe..hari tu aku cube resepi blended butter kek yg aku ambik dari MyResepi..resepi kek yg sgt senang,so aku pn cube je la..tp kek aku xjadi sgt la..kek naik tp bila terbalikkan kek tu, rupenye berlubang kt bwh..tp rase ttp sedap..sehari je dh habis kek 2..gmbr aku xambik la sbb kejadian kek 2 xcantik..hehe

Ok, kepada yg nak cube kek planta ni..tepung tu kite kena agak2 sendiri ye..nampak aduanan tu dah pekat so stop..resepi mak aku kena try and error sebab mak xpakai sukat2 ni..mak aku main agak2 jek..isk333..

Resepi Kek Planta

Bahan-bahan :

1 cawan/250g planta
3/4 cawan gula
2 cawan tepung
1 sk baking powder
4 biji telur
1 sk esen vanila

Caranya :

Putar planta dan gula hingga kembang..warna bertukar agak putih.

Masukkan telur sebiji-sebiji.Maksudnya masukkan telur sebiji dan putar sekejap baru masukkan sebiji lagi.Putar lagi sampai sebati

Kemudian masukkan esen vanila

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan perlahan

Kemudian tuang dalam loyang yg dah disapu mentega/minyak dan bakar.

*Saya bahagikan adunan dalam 2 mangkuk.1 dibiarkan warna asal dan 1 lagi ditambah pewarna merah..Kalau nak buat plain je pn boleh, nak tambah kismis, coklat chips atau buah-buahan pun boleh.Ikut tekak masing-masing ok..hehehe


Selamat mencuba :-)