Showing posts with label Perjalanan memohon ampunanNya. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan memohon ampunanNya. Show all posts

22 May 2013

Tempat paling indah

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah masuk bulan Mei kan..hmmm, 1 Mei aku ada kenangan indah utk tarikh ni.. kenangan paling indah dalam hidup dan tak pasti dapat mengalaminya lagi (sedih)..hanya mampu berdoa moga Allah s.w.t sudi menjemput aku menjadi tetamuNya lagi..Amin..

Sebelum ni aku sama macam org lain, teringin utk melancong ke Korea la, Paris la, Disneyland la...tempat2 yg best la kan..semua org teringin kan...tapi sekarang aku dah tak fikir tempat2 ni, kalau ada duit lebih, insyaAllah aku akan pergi lagi ke Tanah Suci, bagi aku tiada tempat yang lebih indah dari Makkah dan Madinah..

Tadi aku google2 hotel tempat kami menginap dulu dan inilah hotel kami...hotel ni kecik je..2 bintang kot..hehe..maklumlah pakej murah..:-)


Asia Palace..inilah hotel kami...tak teringat pulak nak ambik gambar time tu...kami blk hotel waktu malam utk tidur je..selebihnya di Masjidil Haram sbb jarak hotel ni jauh jugak dan ditambah cuaca panas terik xberbaloi rasanya nak blk ke hotel..

Kat bawah ni pulak hotel di Madinah.. Silver Elyas..Hotel ni cantik dan lebih dekat dgn Masjid Nabawi berbanding hotel di Makkah yg agak jauh dgn Masjidil Haram.


Jom cuci mata tgk gambar-gambar yg sempat saya snap di sana..Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah s.w.t utk menjejak kaki ke sana..Amin

Kaabah...selepas subuh..dah ramai yang mula tawaf..


 Saf solat...kat celah-celah lubang depan tu boleh nampak kaabah...:-)

 Salah satu pintu masuk Masjidil Haram...suasana selepas subuh
 
 Puncak Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam & Hawa setelah lama terpisah. Kat sini aku membacakan doa seorang teman agar cepat mendapat jodoh...dan tak lupa doa utk aku & suami, memohon jodoh kami sampai ke syurga..Amin
 

 Air zam-zam yg tidak pernah putus bekalannya..Bayangkan berjuta-juta umat yg memasuki Tanah Makkah setiap tahun, air zam-zam tak pernah kurang...Subhanallah..
 
Selepas saie dan tahalul di Bukit Marwah... 

Di ladang unta...
 
Masjid Nabawi...di bawah kubah hijau itu letaknya makam Nabi Muhammad s.a.w, Siti Aisyah & Abu Bakar As-Siddiq

Bersama-sama jemaah umrah kumpulan Al-Fajr 01/05/2012
 
InsyaAllah, kalau ada masa aku upload lagi gambar-gambar umrah...sebenarnya jemaah wanita agak sukar nak bwk kamera ke dalam masjid sbb ada polis wanita check di pintu masuk..
di Masjid Nabawi mmg kami tak berani bwk langsung...
 
Melihat gambar-gambar ni pun dah buat hati aku melonjak-lonjak ingin ke sana...
 
Ya Allah, aku memohon agar diberikan rezeki untuk menunaikan haji bersama suamiku...
perkenankanlah permohonan hambamu...Amin.
 


16 October 2012

Adam & Hawa

Assalamualaikum,



Inilah drama yang ditunggu-tunggu selama ini..hehehe. Drama yang dipetik dr novel Aisya Sofea ni memang best sebab jalan ceritanya sendiri dah best kan..Masa baca novel ni dulu-dulu memang tak terbayang akan dibuat drama..


Honestly, ini ialah salah satu novel favorite aku dulu..tapi yang seronoknya menonton drama ni ialah part kat Mekah tu..MasyaAllah aku macam terbayang-bayang yang Ain tu aku..hehehe..lagi-lagi time dia buat umrah, serius sgt mcm tergambar dalam kepala masa buat umrah dulu..Ya Allah, rindunya tak boleh nak gambarkan..air mata bergenang saat tu..

Aku berharap satu masa nanti aku dapat pergi ke Tanah Suci lagi..kali ni pastinya dengan suami & anak-anak..InsyaAllah..Ya Allah makbulkanlah doaku ini..

Lagu-lagu dalam drama ni pun best-best semuanya kan..salah satu favorite aku lagu Rapuh daripada Opick, selain lagu Muara Hati la..berhantu betul lagu tu.. Jom hayati lirik lagu Rapuh.. :-)

Lirik Lagu : Rapuh - Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

04 July 2012

Nisfu Sya'ban

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,


أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.


Yang bermaksud :

Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini?
Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".
Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.


Amalan malam Nisfu Sya'ban :

Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :
1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.

* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin :
اَللَّهُمَّ يَا ذَا الْمَنِّ وَ لا يَمُنُّ عَلَيْكَ يَا ذَا اْلجَلاَلِ وَ اْلاِكْرَامِ ياَ ذَا الطَّوْلِ وَ اْلاِنْعَامِ لاَ اِلهَ اِلاَّ اَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَ اَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ . اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِى عِنْدَكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقِيًّا اَوْ مَحْرُوْمًا اَوْ مَطْرُوْدًا اَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِى الرِّزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقَاوَتِي وَ حِرْمَانِي وَ طَرْدِي وَ اِقْتَارَ رِزْقِي وَ اَثْبِتْنِىْ عِنْدَكَ فِي اُمِّ اْلكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَ قَوْلُكَ اْلحَقُّ فِى كِتَابِكَ الْمُنْزَلِ عَلَى نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُو اللهُ مَا يَشَاءُ وَ يُثْبِتُ وَ عِنْدَهُ اُمُّ اْلكِتَابِ. اِلهِيْ بِالتَّجَلِّى اْلاَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِيْ يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ اَمْرٍ حَكِيْمٍ وَ يُبْرَمُ اِصْرِفْ عَنِّيْ مِنَ اْلبَلاَءِ مَا اَعْلَمُ وَ مَا لا اَعْلَمُ وَاَنْتَ عَلاَّمُ اْلغُيُوْبِ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ سَلَّمَ . اَمِيْنَ


InsyaALLAH menjadi malam yang berkah untuk kita dan muslimin


آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ



kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza


* juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban. (Hari esok ler ^_^)



(AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)

21 June 2012

Lambaian Kaabah

Assalamualaikum,

Terasa rindu suasana di Masjidil Haram...

 Picture from Google

 Picture from Google


Suasana malam di Masjidil Haram sgt memberi kesan pada aku kerana pertama kali menjejakkan kaki di sana dan pertama kali mata ini memandang Kaabah adalah pada waktu tengah malam 02/05/2012. Kami sampai ke Kota Makkah lebih kurang pukul 10-11 mlm..check in hotel dan turun semula ke lobby around 12tgh malam dan berjalan kaki menuju Masjidil Haram untuk menunaikan Umrah wajib.

Alhamdulillah, walaupun aku dan adik pertama kali ke sana, kami dapat mengerjakan umrah ini dengan baik..Sepanjang di sana, kami dapat menunaikan 4 kali umrah..Alhamdulillah.,mudah-mudahan ibadat umrah kami diterima-Nya..Syukur juga kepada Allah kerana menjaga kami sepanjang di sana..Alhamdulillah..

Terima Kasih Ya Allah


01 June 2012

Perjalanan Umrah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Allah s.w.t memberikan peluang, masa dan rezeki untuk aku menjadi tetamuNya..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Aku dan adikku, zira..kami berdua telah mengerjakan umrah pada bulan Mei yg lepas..
kami bertolak dari KLIA dengan penerbangan MAS pada 01hb Mei 2012 jam 2.00pm.
Penerbangan ke Jeddah mengambil masa 8-9 jam..waktu di sana adalah awal 5 jam..
pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Jeddah pukul 8.00pm.

Dari Jeddah kami akan terus memasuki kota Mekah, kami telah berniat umrah di dalam pesawat.
Sampai di kota Mekah, kami terus masukkan beg ke dalam bilik hotel dan diarahkan oleh ustaz untuk terus turun ke lobby untuk ke Masjidil Haram dan menunaikan umrah wajib.

Sepanjang perjalanan ke Masjidil Haram hati aku berdebar kuat..aku takut ziarah aku ke rumah Allah ini tidak diterima. Ya Allah hanya kau yang tahu..sangat banyak dosa yang aku lakukan..aku selalu lalai dengan perintahMu ya Allah..

Sesungguhnya Kau Maha Pengasih..Maha Pengampun..Maha Penyayang..
Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah..

Sebaik melihat bangunan Hitam itu..kiblat seluruh umat islam di dunia ini.
bibir lantas mengucapkan kalimah Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
diri ini terasa kerdil, sedih dan sayu..berasa diri sgt dekat denganMu Ya Allah..

Ya Allah, mudah-mudahan ziarah ini bukan yang terakhir untukku..
Jemputlah aku lagi Ya Allah..agar dapat merasai nikmat beribadah di rumahMu lagi..



04 April 2012

Perjalanan Menuju Kedamaian Abadi

Ya Allah..
Telah sampai panggilanMu..
Namun bersediakah aku..

Ya Allah..
Terlalu banyak dosaku..
Namun sudikah Kau mengampunkan aku..

Ya Allah..
di hadapanMu..
di tanah Haram itu..
Kasihi aku..Ampuni dosa-dosaku..
Aku ingin mencintaiMu sepertimana Kau mencintai aku..

Ya Allah..
Jauhi aku dari seksa kubur..
Jauhi aku dari api neraka..
Jauhi aku dari hidup sia-sia Ya Allah..

Ya Allah..
Damparkan aku di taman syurga Mu..
Kau kurniakanlah aku syurga tanpa hisab..

Amin..Amin.. Ya Rabbal 'Alamin