Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

17 January 2012

Ayam Goreng Hot & Spicy ala KFC

Assalamualaikum..

Hari ni kite rajin nak tulis resepi Ayam Goreng Tepung ni..Jumpe mase bukak my favorite blog masakan - blogresipi la...blog Mamawandiha pun ade jgk resepi ni..Dah byk kali masak ayam goreng ni..mmg sedappp...mcm ayam goreng kfc..wajib simpan resepi ni..hehehe.Ok, jom tgk resepi...

Resepi Ayam Goreng Tepung ala KFC

sumber : Ijan, blogresipi (link kt ats ok) - maaf saya c&p

1) Bahan Untuk Perap Ayam

6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam (serbuk or tumbuk pn boleh) 
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

2) Bahan untuk tepung

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe) -saya guna 2 cwn tepung jagung
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam

Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas

Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.

Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.

Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.



 
Selamat mencuba... :-)