Showing posts with label Greeting. Show all posts
Showing posts with label Greeting. Show all posts

13 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,

Lama tak menjenguk blog kite ni...takde mood pulak nak update..hehe..Hari ni dah masuk 4 Ramadhan, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa & marilah kita bersama-sama memeriahkan bulan Ramadhan ini dgn meningkatkan ibadah kita pada Yang Esa...

Walaupun keadaan kesihatan yg tidak begitu baik, saya akan berusaha jugak untuk memenuhkan sebulan puasa tahun ni..InsyaAllah..Nampaknya sindrom2 first trimester dah mula melanda, harap2 saya dapat bertahan...

Bulan puasa ni, mesti teringat dgn masakan kan...juadah berbuka memang sentiasa di tunggu2 setelah menahan lapar & dahaga seharian..Nampaknya saya akan rindu masakan mak, dah menjadi kemestian di bulan puasa ni lah macam-macam menu yang akan mak masak...Nasi Ayam, Nasi Lemak, Nasi Beriyani, Bihun Sup, Soto, Mee Kari, Mee Bandung, kuih-muih dan macam-macam lagi la...setiap hari menu berlainan..Seronoknya kalau dapat berbuka kat rumah mak hari2..hehehe..tapi sekarang dah berkeluarga, kami adik beradik dah ada kehidupan masing-masing..hujung minggu je lah agaknya..sabarlah wahai hati..hehehe..

Okey, insyaAllah saya akan update blog ni lagi..tunggu mood datang la pulak..hehehe..
Salam Ramadhan untuk semua, semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t...

02 February 2013

Tahun Baru 2013

Assalamualaikum

Emm, dah lama tak update blog ni..macam-macam dah berlaku dalam hidup ni..pahit & manis. Tapi menjelang tahun baru 2013 ni lebih pahit sebab kami sekeluarga dah kehilangan atok tersayang. Ya Allah, sedih sangat..tak boleh nak digambarkan.kadang-kadang kalau teringatkan atok, tak sedar air mata pun menitis..satu-satunya atok yg kami ada sbb atok yg belah ayah tak sempat pun kami nak tengok (dah lama meninggal dunia). Satu-satunya perkara yang boleh aku lakukan ialah sedekahkan Al-fatihah dan bacaan yassin utk atok, selain doa untuk atok setiap kali selepas solat.. Mudah-mudahan arwah atok tenteram di alam sana dan dikurniakan kebahagiaan sehingga akhirat kelak dan dikurniakan syurga tanpa hisab..Amin..

Dalam kenangan,
Atok tersayang... ~ Dahri bin Idris ~

17 August 2012

Selamat Hari Raya ~2012

Assalamualaikum

Entah kenapa ye..bulan Ramadhan tahun ni terasa begitu singkat..seolah-olah Ramadhan tidak sudi untuk singgah dan ingin cepat-cepat berlalu..Hmmm,dengan kekangan masa macam ni seolah-olah tidak dapat menambah pahala...betapa ruginya.

Ya Allah, ampunkan hambamu yg sgt lalai ini..Aku memohon agar Kau panjangkan umurku agar dapat bertemu dengan Ramadhan yg akan datang..Amin

Apapun, masih tinggal 2 hari Ramadhan untuk dipenuhkan dengan amalan..mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatanNya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Semoga Allah melimpahkan rahmat & kasih sayang kepada semua hambaNya di muka bumi ini..