Showing posts with label Family Story. Show all posts
Showing posts with label Family Story. Show all posts

07 June 2013

April Birthday

Assalamualaikum

Majlis hari jadi ke-2 tahun anakku..kami sambut bersama birthday utk Maksu & Mama..hehehe..xpelah kan, bulan sama... :-)

Semoga Muhammad Haziq Zikry bin Nurul Hadi membesar menjadi anak yg soleh, taat pada perintah-Nya, patuh pada kedua orang tua, sihat, bijak, berjaya dunia & akhirat dan segala yg baik2 mama doakan untuk Zikry..Selamat Hari Jadi Sayang Mama.....






 
Zikry dah boleh dapat adik kot...hahaha...

02 February 2013

Tahun Baru 2013

Assalamualaikum

Emm, dah lama tak update blog ni..macam-macam dah berlaku dalam hidup ni..pahit & manis. Tapi menjelang tahun baru 2013 ni lebih pahit sebab kami sekeluarga dah kehilangan atok tersayang. Ya Allah, sedih sangat..tak boleh nak digambarkan.kadang-kadang kalau teringatkan atok, tak sedar air mata pun menitis..satu-satunya atok yg kami ada sbb atok yg belah ayah tak sempat pun kami nak tengok (dah lama meninggal dunia). Satu-satunya perkara yang boleh aku lakukan ialah sedekahkan Al-fatihah dan bacaan yassin utk atok, selain doa untuk atok setiap kali selepas solat.. Mudah-mudahan arwah atok tenteram di alam sana dan dikurniakan kebahagiaan sehingga akhirat kelak dan dikurniakan syurga tanpa hisab..Amin..

Dalam kenangan,
Atok tersayang... ~ Dahri bin Idris ~

04 October 2012

Triffle Puding

Assalamualaikum,

Sempena birthday anak buah baru-baru ni, aku dgn rajinnye telah mencuba resepi puding triffle..tp tak ingat pulak ambik resepi dari mane sbb nak cpt..hehehe..resepi tak letak la sbb mcm xbest sgt..lain kali nak cube lg & kalau best baru la simpan resepi tu..lain kali nak cube resepi cik yana kat ofis tu la pulak..hehehe..




kek coklat tu buatan adik aku zira..kite tolong potong je..hehehe..
~ Happy 1st Birthday Faris ~

12 June 2012

Happy Birthday

Assalamualaikum,

Entry tertunda..heheee..

My son 1st birthday - 13 April 2012

 







My DIY rainbow cake
 Puding hasil tgnku jgk

My hubby punye birthday pulak.. 06/06/2012


kek coklat fav. hubby

Resepi Moist Chocolate Cake - Kukus
Sumber : Mamawandiha

Bahan-Bahan:


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

1 2/3 cawan tepung gandum (resepi asal 1 ¼ cwn)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

3 biji telur

Cara :

-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.

-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.

-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.

-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.

-Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.

-Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.

-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache.

p/s: coklat ganache ni saya beli yg ready made..hehe..nak cepat.bahan untuk membuat coklat ganache yg saya selalu buat ialah dark chocolate, whipping cream/susu cair dan mentega.

Selamat Mencuba :-)

17 February 2012

My 2 sisters's E-Day


Selamat Bertunang Zira & Syafiq - Laila & Bad ~ 06/02/2012
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin...







My DIY mini pelamin.. :-)

12 January 2012

Tunang

Assalamualaikum..
Ceritanye, my sis nak bertunang 06 feb nanti..plan asal nak buat bln 3..so mcm agak terhad jgk mase..
then aku plan nak buatkan mini pelamin..kesian pulak, aku tgk adik aku tu pegi majlis tunang kwn2 die bukan main meriah lagi..semua ade pelamin ok.nape time aku bertunang dulu xde..isk3..
untuk hantaran belum plan lg..theme maybe pink n blue.baju dh beli, xtau la kalo bdk tu bertukar fikiran pulak..pening nak pilih baju..

aku imagine mini pelamin yg simple n modern.. so aku google n found byk pic yg menarik..tapi satu lagi yg menarik perhatian aku ialah bunga tisu..ade yg ltk bunga tisu byk2 n lekat dkt dinding..cantik sgt..nmpk lg cantik drpd bunga tiruan tu..emmmmm, kena carik tisu ikea la pulak... :-)