Showing posts with label Love Story. Show all posts
Showing posts with label Love Story. Show all posts

12 June 2012

Happy Birthday

Assalamualaikum,

Entry tertunda..heheee..

My son 1st birthday - 13 April 2012

 







My DIY rainbow cake
 Puding hasil tgnku jgk

My hubby punye birthday pulak.. 06/06/2012


kek coklat fav. hubby

Resepi Moist Chocolate Cake - Kukus
Sumber : Mamawandiha

Bahan-Bahan:


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

1 2/3 cawan tepung gandum (resepi asal 1 ¼ cwn)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

3 biji telur

Cara :

-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.

-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.

-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.

-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.

-Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.

-Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.

-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache.

p/s: coklat ganache ni saya beli yg ready made..hehe..nak cepat.bahan untuk membuat coklat ganache yg saya selalu buat ialah dark chocolate, whipping cream/susu cair dan mentega.

Selamat Mencuba :-)

13 January 2012

Anniversary

Assalamualaikum,

08 October 2011 genap 2 tahun perkahwinan kami..(baru nak bt entry..mmg pemalas..hehe)
Ok, jom layan gmbr menu yg aku msk sempena 2nd anniversary kami..

Special menu by myself :)

Nasi minyak hujan panas (color die xpekat la), ayam masak merah (kjap2 aku kol akak aku..hahaha),
acar timun n lobak merah, nak tambah meriah aku goreng nugget..hehehe..
air buah-buahan koktel (susu aku asing, sbb xsuke)
dan cheese cake (1st time buat cheese kek ni tp dah jadi biskut daaa..xpe, lain kali aku cube lg)