04 July 2012

Nisfu Sya'ban

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,


أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.


Yang bermaksud :

Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini?
Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".
Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.


Amalan malam Nisfu Sya'ban :

Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :
1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.

* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin :
اَللَّهُمَّ يَا ذَا الْمَنِّ وَ لا يَمُنُّ عَلَيْكَ يَا ذَا اْلجَلاَلِ وَ اْلاِكْرَامِ ياَ ذَا الطَّوْلِ وَ اْلاِنْعَامِ لاَ اِلهَ اِلاَّ اَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَ اَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ . اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِى عِنْدَكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقِيًّا اَوْ مَحْرُوْمًا اَوْ مَطْرُوْدًا اَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِى الرِّزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ فِيْ اُمِّ اْلكِتَابِ شَقَاوَتِي وَ حِرْمَانِي وَ طَرْدِي وَ اِقْتَارَ رِزْقِي وَ اَثْبِتْنِىْ عِنْدَكَ فِي اُمِّ اْلكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَ قَوْلُكَ اْلحَقُّ فِى كِتَابِكَ الْمُنْزَلِ عَلَى نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُو اللهُ مَا يَشَاءُ وَ يُثْبِتُ وَ عِنْدَهُ اُمُّ اْلكِتَابِ. اِلهِيْ بِالتَّجَلِّى اْلاَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِيْ يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ اَمْرٍ حَكِيْمٍ وَ يُبْرَمُ اِصْرِفْ عَنِّيْ مِنَ اْلبَلاَءِ مَا اَعْلَمُ وَ مَا لا اَعْلَمُ وَاَنْتَ عَلاَّمُ اْلغُيُوْبِ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ سَلَّمَ . اَمِيْنَ


InsyaALLAH menjadi malam yang berkah untuk kita dan muslimin


آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ



kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza


* juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban. (Hari esok ler ^_^)



(AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)