05 March 2012

Puding Laici

Assalamualaikum..


Sebelum ni dah selalu sgt buat puding laici..Kalau tak sempat nak buat kuih-muih untuk minum petang, puding ni boleh jadi penyelamat bcoz senang je nak buat..Jom tengok resepi puding laici yg saya dapat dari blog Kak Hanieliza ni..

Resepi Puding Laici

10g serbuk agar-agar
6 cwn air ( saya letak 5 cwn je sbb puding ni agak lembut )
1 1/2 cwn gula
1 tin susu cair
1 tin air laici (saya kisar dengan separuh buah laici, separuh lagi simpan untuk hiasan)

Caranya :

1. Masakkan agar-agar serbuk bersama air sehingga mendidih.

2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi.

3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.

4. Tuangkan dalam acuan. Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.

5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.



Oops lupe..Saya gune serbuk agar-agar warna merah..thats why puding ni color pink..hehehe..takde hiasan laici sbb dh selamat masuk perut...hihihihi..

Selamat mencuba... :-)