Assalamualaikum,
Lama tak menjenguk blog kite ni...takde mood pulak nak update..hehe..Hari ni dah masuk 4 Ramadhan, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa & marilah kita bersama-sama memeriahkan bulan Ramadhan ini dgn meningkatkan ibadah kita pada Yang Esa...
Walaupun keadaan kesihatan yg tidak begitu baik, saya akan berusaha jugak untuk memenuhkan sebulan puasa tahun ni..InsyaAllah..Nampaknya sindrom2 first trimester dah mula melanda, harap2 saya dapat bertahan...
Bulan puasa ni, mesti teringat dgn masakan kan...juadah berbuka memang sentiasa di tunggu2 setelah menahan lapar & dahaga seharian..Nampaknya saya akan rindu masakan mak, dah menjadi kemestian di bulan puasa ni lah macam-macam menu yang akan mak masak...Nasi Ayam, Nasi Lemak, Nasi Beriyani, Bihun Sup, Soto, Mee Kari, Mee Bandung, kuih-muih dan macam-macam lagi la...setiap hari menu berlainan..Seronoknya kalau dapat berbuka kat rumah mak hari2..hehehe..tapi sekarang dah berkeluarga, kami adik beradik dah ada kehidupan masing-masing..hujung minggu je lah agaknya..sabarlah wahai hati..hehehe..
Okey, insyaAllah saya akan update blog ni lagi..tunggu mood datang la pulak..hehehe..
Salam Ramadhan untuk semua, semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t...
13 July 2013
07 June 2013
April Birthday
Assalamualaikum
Majlis hari jadi ke-2 tahun anakku..kami sambut bersama birthday utk Maksu & Mama..hehehe..xpelah kan, bulan sama... :-)
Semoga Muhammad Haziq Zikry bin Nurul Hadi membesar menjadi anak yg soleh, taat pada perintah-Nya, patuh pada kedua orang tua, sihat, bijak, berjaya dunia & akhirat dan segala yg baik2 mama doakan untuk Zikry..Selamat Hari Jadi Sayang Mama.....

Zikry dah boleh dapat adik kot...hahaha...
23 May 2013
Lirik Indah ~ Doa Solat Dhuha ~
Doa Solat Dhuha - UNIC
Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka
Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

22 May 2013
Tempat paling indah
Assalamualaikum,
Sedar tak sedar dah masuk bulan Mei kan..hmmm, 1 Mei aku ada kenangan indah utk tarikh ni.. kenangan paling indah dalam hidup dan tak pasti dapat mengalaminya lagi (sedih)..hanya mampu berdoa moga Allah s.w.t sudi menjemput aku menjadi tetamuNya lagi..Amin..
Sebelum ni aku sama macam org lain, teringin utk melancong ke Korea la, Paris la, Disneyland la...tempat2 yg best la kan..semua org teringin kan...tapi sekarang aku dah tak fikir tempat2 ni, kalau ada duit lebih, insyaAllah aku akan pergi lagi ke Tanah Suci, bagi aku tiada tempat yang lebih indah dari Makkah dan Madinah..
Tadi aku google2 hotel tempat kami menginap dulu dan inilah hotel kami...hotel ni kecik je..2 bintang kot..hehe..maklumlah pakej murah..:-)
Asia Palace..inilah hotel kami...tak teringat pulak nak ambik gambar time tu...kami blk hotel waktu malam utk tidur je..selebihnya di Masjidil Haram sbb jarak hotel ni jauh jugak dan ditambah cuaca panas terik xberbaloi rasanya nak blk ke hotel..
Kat bawah ni pulak hotel di Madinah.. Silver Elyas..Hotel ni cantik dan lebih dekat dgn Masjid Nabawi berbanding hotel di Makkah yg agak jauh dgn Masjidil Haram.
Jom cuci mata tgk gambar-gambar yg sempat saya snap di sana..Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah s.w.t utk menjejak kaki ke sana..Amin

Kaabah...selepas subuh..dah ramai yang mula tawaf..
Saf solat...kat celah-celah lubang depan tu boleh nampak kaabah...:-)
Salah satu pintu masuk Masjidil Haram...suasana selepas subuh
Puncak Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam & Hawa setelah lama terpisah. Kat sini aku membacakan doa seorang teman agar cepat mendapat jodoh...dan tak lupa doa utk aku & suami, memohon jodoh kami sampai ke syurga..Amin
Air zam-zam yg tidak pernah putus bekalannya..Bayangkan berjuta-juta umat yg memasuki Tanah Makkah setiap tahun, air zam-zam tak pernah kurang...Subhanallah..
Selepas saie dan tahalul di Bukit Marwah...
Di ladang unta...
Masjid Nabawi...di bawah kubah hijau itu letaknya makam Nabi Muhammad s.a.w, Siti Aisyah & Abu Bakar As-Siddiq
Bersama-sama jemaah umrah kumpulan Al-Fajr 01/05/2012
InsyaAllah, kalau ada masa aku upload lagi gambar-gambar umrah...sebenarnya jemaah wanita agak sukar nak bwk kamera ke dalam masjid sbb ada polis wanita check di pintu masuk..
di Masjid Nabawi mmg kami tak berani bwk langsung...
Melihat gambar-gambar ni pun dah buat hati aku melonjak-lonjak ingin ke sana...
Ya Allah, aku memohon agar diberikan rezeki untuk menunaikan haji bersama suamiku...
perkenankanlah permohonan hambamu...Amin.
30 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)