Terasa rindu suasana di Masjidil Haram...
Picture from Google
Picture from Google
Suasana malam di Masjidil Haram sgt memberi kesan pada aku kerana pertama kali menjejakkan kaki di sana dan pertama kali mata ini memandang Kaabah adalah pada waktu tengah malam 02/05/2012. Kami sampai ke Kota Makkah lebih kurang pukul 10-11 mlm..check in hotel dan turun semula ke lobby around 12tgh malam dan berjalan kaki menuju Masjidil Haram untuk menunaikan Umrah wajib.
Alhamdulillah, walaupun aku dan adik pertama kali ke sana, kami dapat mengerjakan umrah ini dengan baik..Sepanjang di sana, kami dapat menunaikan 4 kali umrah..Alhamdulillah.,mudah-mudahan ibadat umrah kami diterima-Nya..Syukur juga kepada Allah kerana menjaga kami sepanjang di sana..Alhamdulillah..
Terima Kasih Ya Allah