21 June 2012

Rindu

Artist: Hijjaz
           
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan
:: Rindu Baitullah ::

19 June 2012

Hantaran Pertunangan My Sis..Laila

Assalamualaikum,

My DIY hantaran pertunangan Laila & Bad










Hantaran Pertunangan My Sis..Zira

Assalamualaikum,

My DIY hantaran pertunangan Zira & Syafiq










12 June 2012

Happy Birthday

Assalamualaikum,

Entry tertunda..heheee..

My son 1st birthday - 13 April 2012

 







My DIY rainbow cake
 Puding hasil tgnku jgk

My hubby punye birthday pulak.. 06/06/2012


kek coklat fav. hubby

Resepi Moist Chocolate Cake - Kukus
Sumber : Mamawandiha

Bahan-Bahan:


1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

1 2/3 cawan tepung gandum (resepi asal 1 ¼ cwn)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

3 biji telur

Cara :

-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.

-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.

-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.

-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.

-Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.

-Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.

-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache.

p/s: coklat ganache ni saya beli yg ready made..hehe..nak cepat.bahan untuk membuat coklat ganache yg saya selalu buat ialah dark chocolate, whipping cream/susu cair dan mentega.

Selamat Mencuba :-)

11 June 2012

Barbie Cake

Assalamualaikum,

Kek barbie ni di order oleh sepupu aku untuk majlis perkahwinan adik iparnye..dijadikan sebagai hantaran untuk pihak perempuan..


Kemudian jiran sepupu ni pulak berkenan dan nak order untuk majlis pertunangan anaknye..dijadikan hantaran untuk ke rumah pihak perempuan..hehehe.memang sesuai untuk hadiah kpd pihak perempuan la..kalau untuk lelaki kena cari idea lain la..hehehe..kebetulan tema kedua-duanya ialah pink..mmg sesuai la dengan barbie yg comell tu...