20 September 2012

Kek Batik Arora

Assalamualaikum,


Emm,kek ni dah buat lama dulu..hehehe.saya ambik resepi dari fromintankitchen..tapi mase tengah buat kek ni baru perasan pewarna merah dah habis..terpaksa la pakai color yg ade dulu..kek ni sedap,mule2 risau dengan perasanye yg pelbagai..so,buat permulaan ni aku guna 3 perasa je..hasilnya ok..alhamdulillah.lain kali bole buat lagi.. :-)

Resepi Kek Batik Arora
c&p from Fromintankitchen
Bahan-bahan :
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan ~ saya follow k.ita
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah ~ saya follow k.ita jugak

Caranya :
Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan

Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer

Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk

Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

Saya guna :
Perisa strawberry & pewarna ungu ~pewarna merah dah habis
Perisa bluberry & pewarna biru
Perisa pandan & pewarna hijau
Perisa asal

Jom buat kek :-)

05 September 2012