Assalamualaikum,
Sedar tak sedar dah masuk bulan Mei kan..hmmm, 1 Mei aku ada kenangan indah utk tarikh ni.. kenangan paling indah dalam hidup dan tak pasti dapat mengalaminya lagi (sedih)..hanya mampu berdoa moga Allah s.w.t sudi menjemput aku menjadi tetamuNya lagi..Amin..
Sebelum ni aku sama macam org lain, teringin utk melancong ke Korea la, Paris la, Disneyland la...tempat2 yg best la kan..semua org teringin kan...tapi sekarang aku dah tak fikir tempat2 ni, kalau ada duit lebih, insyaAllah aku akan pergi lagi ke Tanah Suci, bagi aku tiada tempat yang lebih indah dari Makkah dan Madinah..
Tadi aku google2 hotel tempat kami menginap dulu dan inilah hotel kami...hotel ni kecik je..2 bintang kot..hehe..maklumlah pakej murah..:-)
Asia Palace..inilah hotel kami...tak teringat pulak nak ambik gambar time tu...kami blk hotel waktu malam utk tidur je..selebihnya di Masjidil Haram sbb jarak hotel ni jauh jugak dan ditambah cuaca panas terik xberbaloi rasanya nak blk ke hotel..
Kat bawah ni pulak hotel di Madinah.. Silver Elyas..Hotel ni cantik dan lebih dekat dgn Masjid Nabawi berbanding hotel di Makkah yg agak jauh dgn Masjidil Haram.
Jom cuci mata tgk gambar-gambar yg sempat saya snap di sana..Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah s.w.t utk menjejak kaki ke sana..Amin
Kaabah...selepas subuh..dah ramai yang mula tawaf..
Saf solat...kat celah-celah lubang depan tu boleh nampak kaabah...:-)
Salah satu pintu masuk Masjidil Haram...suasana selepas subuh
Puncak Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam & Hawa setelah lama terpisah. Kat sini aku membacakan doa seorang teman agar cepat mendapat jodoh...dan tak lupa doa utk aku & suami, memohon jodoh kami sampai ke syurga..Amin
Air zam-zam yg tidak pernah putus bekalannya..Bayangkan berjuta-juta umat yg memasuki Tanah Makkah setiap tahun, air zam-zam tak pernah kurang...Subhanallah..
Selepas saie dan tahalul di Bukit Marwah...
Di ladang unta...
Masjid Nabawi...di bawah kubah hijau itu letaknya makam Nabi Muhammad s.a.w, Siti Aisyah & Abu Bakar As-Siddiq
Bersama-sama jemaah umrah kumpulan Al-Fajr 01/05/2012
InsyaAllah, kalau ada masa aku upload lagi gambar-gambar umrah...sebenarnya jemaah wanita agak sukar nak bwk kamera ke dalam masjid sbb ada polis wanita check di pintu masuk..
di Masjid Nabawi mmg kami tak berani bwk langsung...
Melihat gambar-gambar ni pun dah buat hati aku melonjak-lonjak ingin ke sana...
Ya Allah, aku memohon agar diberikan rezeki untuk menunaikan haji bersama suamiku...
perkenankanlah permohonan hambamu...Amin.