07 June 2013

April Birthday

Assalamualaikum

Majlis hari jadi ke-2 tahun anakku..kami sambut bersama birthday utk Maksu & Mama..hehehe..xpelah kan, bulan sama... :-)

Semoga Muhammad Haziq Zikry bin Nurul Hadi membesar menjadi anak yg soleh, taat pada perintah-Nya, patuh pada kedua orang tua, sihat, bijak, berjaya dunia & akhirat dan segala yg baik2 mama doakan untuk Zikry..Selamat Hari Jadi Sayang Mama.....






 
Zikry dah boleh dapat adik kot...hahaha...

23 May 2013

Lirik Indah ~ Doa Solat Dhuha ~

Doa Solat Dhuha - UNIC

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wa Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

22 May 2013

Tempat paling indah

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah masuk bulan Mei kan..hmmm, 1 Mei aku ada kenangan indah utk tarikh ni.. kenangan paling indah dalam hidup dan tak pasti dapat mengalaminya lagi (sedih)..hanya mampu berdoa moga Allah s.w.t sudi menjemput aku menjadi tetamuNya lagi..Amin..

Sebelum ni aku sama macam org lain, teringin utk melancong ke Korea la, Paris la, Disneyland la...tempat2 yg best la kan..semua org teringin kan...tapi sekarang aku dah tak fikir tempat2 ni, kalau ada duit lebih, insyaAllah aku akan pergi lagi ke Tanah Suci, bagi aku tiada tempat yang lebih indah dari Makkah dan Madinah..

Tadi aku google2 hotel tempat kami menginap dulu dan inilah hotel kami...hotel ni kecik je..2 bintang kot..hehe..maklumlah pakej murah..:-)


Asia Palace..inilah hotel kami...tak teringat pulak nak ambik gambar time tu...kami blk hotel waktu malam utk tidur je..selebihnya di Masjidil Haram sbb jarak hotel ni jauh jugak dan ditambah cuaca panas terik xberbaloi rasanya nak blk ke hotel..

Kat bawah ni pulak hotel di Madinah.. Silver Elyas..Hotel ni cantik dan lebih dekat dgn Masjid Nabawi berbanding hotel di Makkah yg agak jauh dgn Masjidil Haram.


Jom cuci mata tgk gambar-gambar yg sempat saya snap di sana..Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah s.w.t utk menjejak kaki ke sana..Amin

Kaabah...selepas subuh..dah ramai yang mula tawaf..


 Saf solat...kat celah-celah lubang depan tu boleh nampak kaabah...:-)

 Salah satu pintu masuk Masjidil Haram...suasana selepas subuh
 
 Puncak Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam & Hawa setelah lama terpisah. Kat sini aku membacakan doa seorang teman agar cepat mendapat jodoh...dan tak lupa doa utk aku & suami, memohon jodoh kami sampai ke syurga..Amin
 

 Air zam-zam yg tidak pernah putus bekalannya..Bayangkan berjuta-juta umat yg memasuki Tanah Makkah setiap tahun, air zam-zam tak pernah kurang...Subhanallah..
 
Selepas saie dan tahalul di Bukit Marwah... 

Di ladang unta...
 
Masjid Nabawi...di bawah kubah hijau itu letaknya makam Nabi Muhammad s.a.w, Siti Aisyah & Abu Bakar As-Siddiq

Bersama-sama jemaah umrah kumpulan Al-Fajr 01/05/2012
 
InsyaAllah, kalau ada masa aku upload lagi gambar-gambar umrah...sebenarnya jemaah wanita agak sukar nak bwk kamera ke dalam masjid sbb ada polis wanita check di pintu masuk..
di Masjid Nabawi mmg kami tak berani bwk langsung...
 
Melihat gambar-gambar ni pun dah buat hati aku melonjak-lonjak ingin ke sana...
 
Ya Allah, aku memohon agar diberikan rezeki untuk menunaikan haji bersama suamiku...
perkenankanlah permohonan hambamu...Amin.
 


30 April 2013

20 April 2013

Facebook..baik atau buruk???

Assalamualaikum

Zaman sekarang ni semua orang ada facebook rasanye kan?? hmm, kalau ikutkan saya bukanlah seorang yg meminati laman sosial..sejak dr zaman friendster lagi..saya igt lagi masa nak kawin dulu, saya rasa agak ketinggalan juga sbb sorang kwn yg tolong invite classmate dkt facebook dia..saya pulak hantar kad kawin guna e-mel je..hahaha..kesian kan..so ketinggalan..hehehe.Lepas kawin baru la saya creat akaun fb ni..

Facebook ni lebih byk buruk ke baik ek?hehehe.. sebenarnya terpulang pada individu tu sendiri, kalau kita ambik yg baik..baik la yg kita dpt..begitulah sebaliknya.. Satu perkara yg saya suka sekarang ni dan buatkan saya kerap jgk bkk fb ni ialah byk good info yg kita boleh dpt..byk sgt dan seronok dpt byk info berguna..percaya atau tidak, kata2 nasihat dan teguran drpd ustaz/ustazah seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don yg hensem itu, Ustazah Siti Norbayah, Prof Muhaya dll sgt memberi inspirasi utk berubah ke arah yg lebih baik..Alhamdulillah.

Salah satu info yg sgt berguna utk ibu yg saya dpt dr fb..jom kita amalkan ye..

 
Dan juga doa utk mengelak pertengkaran antara suami isteri..mari kita sama-sama amalkan..