04 February 2013

~ Hand Bouquet ~

Assalamualaikum

Hari ni nak tayang gambar hand bouquet hasil kerja aku. Ok, Sweet Zeel akan mula menerima tempahan hand bouquet untuk hari bahagia anda. Contact me for details ok..







02 February 2013

Serba Baru

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku diberi kekuatan untuk meneruskan minat aku dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan..mudah-mudahan tahun baru ini memberi lebih rezeki untuk aku. Mudah-mudahan juga aku dapat mencapai impian aku dengan melangkah sedikit demi sedikit tetapi berterusan (istiqomah).. Amin

Tahun Baru 2013

Assalamualaikum

Emm, dah lama tak update blog ni..macam-macam dah berlaku dalam hidup ni..pahit & manis. Tapi menjelang tahun baru 2013 ni lebih pahit sebab kami sekeluarga dah kehilangan atok tersayang. Ya Allah, sedih sangat..tak boleh nak digambarkan.kadang-kadang kalau teringatkan atok, tak sedar air mata pun menitis..satu-satunya atok yg kami ada sbb atok yg belah ayah tak sempat pun kami nak tengok (dah lama meninggal dunia). Satu-satunya perkara yang boleh aku lakukan ialah sedekahkan Al-fatihah dan bacaan yassin utk atok, selain doa untuk atok setiap kali selepas solat.. Mudah-mudahan arwah atok tenteram di alam sana dan dikurniakan kebahagiaan sehingga akhirat kelak dan dikurniakan syurga tanpa hisab..Amin..

Dalam kenangan,
Atok tersayang... ~ Dahri bin Idris ~

16 October 2012

Adam & Hawa

Assalamualaikum,



Inilah drama yang ditunggu-tunggu selama ini..hehehe. Drama yang dipetik dr novel Aisya Sofea ni memang best sebab jalan ceritanya sendiri dah best kan..Masa baca novel ni dulu-dulu memang tak terbayang akan dibuat drama..


Honestly, ini ialah salah satu novel favorite aku dulu..tapi yang seronoknya menonton drama ni ialah part kat Mekah tu..MasyaAllah aku macam terbayang-bayang yang Ain tu aku..hehehe..lagi-lagi time dia buat umrah, serius sgt mcm tergambar dalam kepala masa buat umrah dulu..Ya Allah, rindunya tak boleh nak gambarkan..air mata bergenang saat tu..

Aku berharap satu masa nanti aku dapat pergi ke Tanah Suci lagi..kali ni pastinya dengan suami & anak-anak..InsyaAllah..Ya Allah makbulkanlah doaku ini..

Lagu-lagu dalam drama ni pun best-best semuanya kan..salah satu favorite aku lagu Rapuh daripada Opick, selain lagu Muara Hati la..berhantu betul lagu tu.. Jom hayati lirik lagu Rapuh.. :-)

Lirik Lagu : Rapuh - Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

04 October 2012

Triffle Puding

Assalamualaikum,

Sempena birthday anak buah baru-baru ni, aku dgn rajinnye telah mencuba resepi puding triffle..tp tak ingat pulak ambik resepi dari mane sbb nak cpt..hehehe..resepi tak letak la sbb mcm xbest sgt..lain kali nak cube lg & kalau best baru la simpan resepi tu..lain kali nak cube resepi cik yana kat ofis tu la pulak..hehehe..




kek coklat tu buatan adik aku zira..kite tolong potong je..hehehe..
~ Happy 1st Birthday Faris ~